2012-06-25

Emilylea Edward - Sabahan Girl


Hohoho..
Saya memang suka cerita tentang orang disekeliling saya.
Gadis berbaju biru itu saya kawan pertama saya yang berasal dari papar, Sabah.
Nama dia Emilylea Edward, tarikh lahir 13 Disember 1993 dan suka warna kuning.


Pertemuan kami bermula di Kuantan, Pahang sebab kami berdua merupakan pelajar Polisas. Ambil bidang yang sama dan kelas yang sama. 
Semester 1, dia tinggal di paras 1 dan saya pula diparas 2. Oleh kerana saya lagi suka bercakap dan berkawan dengan dia, saya selalu pergi bilik dia siap bawa bantal, baldi, heater. Macam orang mahu pindah bilik la pula. Hahaha..
Kami berjanji semester 2 akan tinggal sebilik dan sama-sama datang ke Kuantan.


Seperti yang dirancangkan, kami berdua sama bilik. Memang seronok sebilik sebab dapat buat kerja sama-sama, bergosip, bermain, bergurau, kongsi ilmu tentang pelajaran dan agama. Dia memang banyak ajar saya tentang agama. Thanks, kawan. Semester 2, mungkin saya ada sakitkan hati dia dan dia pun mungkin sama juga. Tapi setelah sekali kita bergelar kawan, buat selamanya kita ialah kawan. 

Ini time habis semester 2, kami tengah kemas barang dan dia tiba-tiba datang gila dan duduk dalam kotak. Hahaha. Nice picture, sumandak. Muka ceria. :D
Ini time Hari Induksi untuk pelajar Seni bina. Baju  ala-ala kapten kapal kunun. Sebab tema studio ialah Marine kan.

Ini dia tengah mengajar skandal dia dalam studio. Hahaha. Tiada la. Kawan saja, tapi kami suka kenakan mereka berdua. Mie-mie..

Semester 2. Dia tengah buat kerja pun mahu orang ambik gambar dia. Hahaha. Sebab mahu ambil gambar dengan kawan dia ditingkap. Dahlah time malam. xP

Kami ikut kawan pergi Sungai Lembing. Time bermalam dirumah kawan, emy la yang selalu kena buli dengan 3 orang budak iaitu adik kepada kawan saya. Hahaha. Cuba tengok belakang emy (baju kuning) di dalam gambar itu.


Sekian sahaja buat kali ini..:D


No comments:

Post a Comment