2012-06-22

The Borneo Fall In Love In Peninsula

Pahang..
Kuantan..
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas)..

Tempat yang meninggalkan kesan yang mendalam dan kenangan yang berharga dalam hidup saya. Cepat masa berlalu, sudah seminggu kami berpisah. Tapi kesakitan dihati masih terasa dan rasanya masih macam hari pertama perpisahan. 

Kisah kami bermula apabila dia mula ke Gereja St Thomas pada hujung minggu. Dia merupakan orang Sabah yang menuntut di Polisas dan sekarang berumur 21. Dia lahir pada tahun 1991. Dia mula mengganggu saya dengan perangai dia yang suka kenakan orang lain. Saya ingat lagi dia duduk di belakang saya di dalam van poli. Lepas habis sembahyang, kami pergi makan. Sementara menunggu makanan, dia mula bertanya menggunakan bahasa Dusun. Memang sikap dia suka kenakan orang. Kalau tidak silap saya, " Isai Ngaran Nu? ". Saya tidak faham pun apa maksud dia, nasib baik ada kawan tolong terjemah. Maksud dia " Siapa Nama Awak? ". Saya mula tidak senang dengan sikap dia yang suka kenakan orang. Selain itu, dia juga suka tenung saya dan usap kepala saya. Mula-mula memang tidak senang. Lagipun dia sudah berpunya. Saya kawal perasaan saya. Tapi apakan daya, kita manusia ada kelemahan tersendiri. Saya mula suka dengan sikap pelik dia. 

Pada suatu hari, di Gereja ada aktiviti. Ada 6 orang kami dari Polisas yang ikut aktiviti tersebut, termasuk dia. Aktiviti itu habis pada pagi ahad dan sebelah petang kami pergi Pusat Karaoke untuk meraikan perpisahan dengan seorang warga Polisas yang akan berpindah ke Poli Sabah. Sebelum itu, kami akan berkumpul di Megamall Kuantan. Oleh kerana tempat tu agak besar, susah utntuk dia cari saya. Tambahan pula, dia tiada nombor hp saya. Tapi secara kebetulan kami terserempak di tingkat paling atas. Dia minta nombor saya, dia cakap susah nanti dia nak cari saya. Sekarang kalau ingat balik apa yang dia cakap tu, rasa gembira sangat. Beberapa hari selepas itu, dia contact saya dan minta gambar kami yang ikut aktiviti tersebut. Masa itu, pendrive saya entah dekat mana. Saya sanggup beli pendrive baru sebab nak jumpa dia. Petang tu kami jumpa di tasik Polisas. Macam-macam dia cerita tentang keluarga dia, tentang apa yang dia belajar di Polisas. Kami jadi mesra.

Oleh kerana ada peristiwa yang berlaku dalam kelas, kami berdua mula selalu bermesej dan berjumpa. Tapi kami belum ada apa-apa hubungan. Dia ajak saya tengok wayang dengan kawan-kawan. Masa tengok wayang, saya suka letak kaki saya di kerusi depan dan dia juga suka buat macam tu. Akhirnya dia suruh saya letak kaki atas kaki dia. Saya tahu kaki dia kebas, tapi dia diam dan tahan semuanya. Kami tengok movie Real Steel. Saya tidak akan lupa movie pertama yang saya tonton bersama dia. 

Asyik-asyik bermesej, akhirnya kami mula meluahkan perasaan masing-masing. Saya mula rasa saya hilang akal, sebab dia sudah berpunya. Saya risau saya digelar perampas. Mulai hari itu, kami mula jalinkan hubungan tanpa pengetahuan orang lain. Kami juga selalu berjumpa di tasik Polisas. 

Cuti semester tiba dan dia yang hantar saya pergi terminal. Semasa hendak berangkat, saya cuma berjabat tangan dengan dia sebab tidak mahu orang tahu hubungan kami. Setelah beberapa hari di rumah, saya mula fikir yang macam-macam dan saya putuskan hubungan dengan dia. Cuma kira-kira 2 hari je kami putus. Saya cari dia. Saya rindu dia. Saya mula sayangkan dia sebab tanpa dia, hidup saya sunyi. Tidak ada orang buat lawak. Lepas bercuti 2 minggu, saya balik ke Kuantan. Saya bawa air kundur untuk dia sebab dia cakap dia tidak pernah minum air kundur. Saya beli dari Sarawak. Masa saya balik ke Kuantan, dia balik ke Sabah. Tapi tiba-tiba selama 6 hari dia tidak cari saya, saya macam orang angau. Saya tidak berani cari dia sebab tahu girlfriend dia ada disana. Tapi kerinduan itu terubat bila dia balik lagi ke Kuantan untuk semester terakhir. Saya jemput dia di terminal. Dia kelihatan gebu masa itu sebab cukup makan masa dirumah. Kalau dipoli, dia kurang makan sebab hendak berjimat. Saya kagum dengan sikap dia yang suka berjimat. Saya mula kenal dia secara mendalam. 

Hubungan kami tiada masalah pada awalnya. Tapi sejak dia mula mengganggu perempuan lain, saya mula cemburu. Saya tahu itu memang perangai dia sebab dia seorang yang mesra. Tapi sebagai seorang kekasih, rasa cemburu tetap ada. Oleh kerana itu memang sikap semula jadi dia, saya hanya mampu merajuk. Kadang-kadang saya rasa saya jahat dengan dia. Kadang-kadang saya rasa dia jahat dengan saya sebab dia suka buli saya. Tapi rasa sayang tetap ada dan tidak pernah pudar.

Walaupun saya nampak tenang, tapi dalam hati saya takut sangat, takut digelar perampas, tapi dia cakap itu tiada apa-apa..lepas itu saya juga takut dia tinggalkan saya..dia cakap itu tidak mungkin..lepas itu saya takut dia pilih girlfriend dia, tapi dia cakap dia tunggu keputusan dia..Saya mula takut kehilangan dia.

Saya mula tidak suka membazir makanan lepas ternampak dia berbuat sesuatu yang buat saya terharu. Sebenarnya saya pernah bagitahu dia, tapi dia tidak tahu apa yang dia buat sampai saya terharu. Dia seorang yang menghargai makanan, ada satu kali makanan dia tercicir atas meja, dia kutip cepat-cepat dan cakap " belum 10 saat, tiada kuman". Sebab ayat dia itu, saya mula gelar dia "silly". Tapi bukan bermaksud saya mahu sebut dia bodoh. Saya tidak sejahat itu. Perkataan silly tidaklah sekasar mana. Dia pun suka dengan gelaran itu.

Hari terakhir kami date, kami pergi tengok wayang. Saya ingat dia pandai beli tiket wayang. Rupa-rupanya tidak pernah beli. Saya pun tidak pernah. Kami berdua masih sempat bersuruh-suruh untuk beli tiket. Depan kaunter lagi tu. Akhirnya saya juga yang beli, dia buat saya berani. Lepas tengok wayang, kami jalan-jalan. Tempat terakhir kami pada hari itu ialah di atas jejantas kuantan. Kami cakap tentang macam mana nak contact nanti di dia balik Sabah, sebab itu ialah last semester dia di Polisas. Lepas itu, kami ambik gambar dan kami buat tangan janji. Kami janji akan sentiasa berhubung.


Masa saya hendak berangkat balik ke Sarawak, dia hantar saya. Dia sempat lagi gaduh dengan kawan saya. Mereka bertanding siapa yang akan pergi ke Srawak dulu. Saya gembira sangat-sangat masa itu.Ya Tuhan...Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya masa itu..Masa nak berangkat, saya tidak sedih sangat sebab saya yakin akan berjumpa dengan dia lagi..Dia pun yakin akan cari saya balik..

Walaupun berjauhan, kami tetap berhubung. Tapi entah kenapa dia tiba-tiba ada masalah dengan girlfriend dia dan mereka putus. Jujur saya rasa tidak senang hati dengan apa yang terjadi. Keluarga dia marah dengan tindakan dia. Akhirnya dia tertekan dan tinggalkan saya..Saya jadi mangsa..Tapi sebelum itu, dia pernah ada rasa mahu ceritakan tentang saya kepada keluarga dia..tapi saya belum bersedia kerana rasa bersalah masih menebal..Hanya saudara dan abang dia tahu tentang saya..Saudara dia supporting..Tapi abang dia...dia marah..Sebenarnya, masa cuti ini saya tengah belajar bahasa Dusun sebab saya mahu faham semua ayat dia..tapi, macam terhenti usaha saya..ingatkan nanti bila sudah fasih, mahu cakap dusun dengan dia..sekarang semua tinggal angan-angan..Bukan niat saya hendak berjumpa, couple dengan dia..tp semua ini diluar jangkaan..kenapa saya couple dan terima dia dalam hidup saya, sampai sekarang saya tidak akan tahu..dulu saya jenis yang tegas..saya ada prinsip sendiri..iaitu tidak akan couple dengan teman lelaki orang lain..tp Tuhan buat saya langgar prinsip sendiri..sebab Tuhan mahu saya suka pada sesuatu yang saya tidak suka..

Sudah seminggu dia pergi, saya masih lemah..masih sedih..masih tiada selera makan.. Saya harap agar semua ini cepat berlalu..Saya tidak sekuat yang disangka..
Saya tidak dapat nafikan, saya tetap akan tunggu dia..biarpun lama, saya sanggup..apa jua yang terjadi, saya akan terima dia jika dia mahu kembali..sebab hati saya sudah tertutup untuk orang lain..

Ya Tuhan, saya tidak mampu teruskan semua ini. Saya rasa sangat sakit di dada. Tiap kali saya rasa sakit di dada, saya akan tepuk dada saya dengan kuat dan bercakap dengan diri sendiri. "Its nothing happened here". Saya cuba untuk pujuk diri sendiri. Dia meninggalkan kesan yang besar dalam hidup saya..dia ajar saya tentang banyak benda..dia tahu saya mudah simpati dengan pengemis, tp dia ajar saya agar kawal diri..sebab saya sendiri yang susah, tapi masih nak menderma..dia ajar saya jimatkan makanan..dia beranikan saya beli tiket wayang..dia ajar saya autocad..dia ajar saya kawal emosi..dia juga ajar saya jadi kuat makan, dulu saya mampu makan 6 pinggan 1 hari, tapi sekarang saya makan 1 kali 1 hari..itu pun beberapa suap sahaja..
Dia juga selalu tolong saya, saya seorang diri di tempat orang, banyak yang saya tidak tahu..dia tolong teman saya beli laptop..saya kurang berpengetahuan tentang alat elektronik, dia ajar saya..saya tahu, kalau dia ada duit, dia akan beli laptop, mp3 dan hp baru..dia minat alat elektronik..
Saya ingat lagi saya jaga dia masa dia sakit, dia cakap cara saya buat dia teringatkan emak dia..Sebenarnya, rupa dia yang tengah sakit sangat-sangat menakutkan saya..sebab itu saya tidak sanggup tengok dia sakit..dia batuk, saya hantarkan ubat untuk dia..mata dia bengkak, saya hantar eye mo untuk dia..saya sanggup buat apa saja untuk dia..yang penting, dia sentiasa sihat..
Masa saya hampir putus asa dengan pelajaran, dia sentiasa bagi semangat dekat saya..

Saya tidak akan lupa gelaran Pouk, maksud dia burung hantu..dia gelar saya macam itu sebab saya budak seni bina yang jarang tidur malam, asyik-asyik berjaga untuk siapkan kerja..lepas itu, ada kawan dia gelar saya gumiho..dia pun panggil saya macam itu sebab bunyi nama saya hampir sama dengan bunyi gumiho..saya gelar dia silly sebab perangai dia..saya pun gelar dia lion, sebab kalau muka dia tengah marah sangat-sangat menakutkan.. Tapi sekarang..saya tidak dapat panggil dia silly dan tidak dapat tengok muka dia yang macam lion.. Saya betul-betul rindukan dia, Ya Tuhan..

Pendek kata, dialah hidup saya..
Tuhan pertemukan saya dengan manusia yang sempurna dimata saya..Terima kasih Tuhan..
Walaupun dia cakap dia tidak akan kembali, tapi saya masih berharap agar hati dia terbuka semula untuk menerima saya..seberapa lama pun dia pergi, saya akan tunggu dia balik..walau apapun yang terjadi, saya tetap tunggu..dia tahu saya akan buat apa yang saya cakap..saya akan sentiasa berdoa untuk dia dan untuk keajaiban..sememangnya saya sangat berharap, tapi Tuhan yang menentukan..semester depan saya akan minta izin ibu bapa agar saya kena baptis..saya mahu dekatkan diri dengan Tuhan..semoga doa saya dikabulkan..Amen..

Love is waiting ~
Waiting from 16th June until...?


*bukan untuk meraih simpati, tapi untuk perkongsian..dalam dunia ada banyak kisah..
inilah luahan hati saya sekarang, tapi beberapa hari, minggu, bulan, tahun lepas ini saya tidak tahu apa yang akan terjadi..saya nantikan episod hidup saya yang akan datang..

No comments:

Post a Comment