2012-04-08

Diploma Seni Bina [ ARCHITECTURE ]



Hasil kerja semester 2


Salam sejahtera.

Sudah berapa bulan saya tidak post dalam blog saya. Hari ini hati saya tergerak hendak post sesuatu. Kali ini saya akan menceritakan tentang course yang saya ambil selepas tamat SPM. 
Saya teringat perasaan saya apabila menerima tawaran daripada Politeknik yang mengatakan bahawa saya ditawarkan Diploma Seni Bina. Saya sangat gembira dan bagitahu parents saya walaupun saya tidak pasti apa itu SENI BINA. Parents saya pun nampak sangat gembira. Tetapi masa itu, saya masih tidak tahu bahawa saya terkena Politeknik yang mana satu. Saya ingat saya ditempatkan di Politeknik Kuching.
Masa itu juga, saya masih lagi di tingkatan 6, sementara menunggu tawaran. Lepas balik dari sekolah, saya check handphone saya. Kakak saya mesej saya dan bagitahu bahawa saya ditempatkan di Pahang iaitu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Ya Tuhanku, saya rasa sedih sangat-sangat sebab kalau saya terima tawaran itu, saya akan jauh dari family yang tercinta. Sangat berat mulut saya untuk bagitahu parents saya tentang itu. Tapi, saya tetap kuatkan diri untuk bagitahu. Lepas mereka tahu, saya nampak wajah sedih dan wajah risau mereka sebab saya hanya pernah seminggu sahaja berjauhan dengan mereka. Itu pun gara-gara Kem 1 Malaysia. Walaupun jauh, saya tetap hendak terima tawaran itu sebab saya tahu saya tidak mampu duduk lama di tingkatan 6 sebab saya ambil science side. Saya tahu kelemahan saya dalam bidang sains. Mula-mula parents saya tidak benarkan sangat, tetapi kakak saya berjaya memujuk mereka sebab kakak saya cakap, sekurang-kurangnya ada seorang diantara family saya yang dapat diploma. Kakak saya tidak mahu orang lain pandang rendah kami sekeluarga. Saya sangat berterima kasih dengan kakak saya.

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah


Kemudian, saya pun mula menguruskan surat tawaran tersebut. Masa itu, hidup saya betul-betul kusut dan saya tertekan sebab surat yang sepatutnya sampai masih lagi tidak sampai. Tiap malam saya berdoa agar saya mampu uruskan semua sebab saya tidak mahu lepaskan tawaran tersebut. Sampailah suatu ketika, ayah saya cakap tidak payah masuk sebab masalah surat belum sampai masih lagi belum selesai. Tapi saya tidak putus asa, saya cari jalan untuk dapatkan maklumat dari pihak Politeknik tersebut. Saya mula hubungi pihak tersebut dan akhirnya Tuhan tunjukkan jalan kepada saya. Terima Kasih Tuhan.

Tarikh untuk berlepas ke Pahang, akhirnya tiba. Satu family hantar saya kecuali kakak saya sebab dia ada kerja. Emak saya yang teman saya ke Pahang. Perbelanjaan untuk tiket kapal terbang memang mahal masa itu tapi demi saya, parents saya sanggup. Perasaan apabila mula-mula sampai tempat orang memang saya takut. Emak saya dari Airport Kuching sampailah saya ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah [ POLISAS ] asyik berpesan. Saya hanya mendengar sebab saya tahu dia risau. Selepas selesai urus tentang pendaftaran, emak saya hantar saya balik kamsis. Sebelum emak saya balik, dia peluk saya dan menangis. Saya turut menangis, tapi saya kuatkan semangat.

Selepas seminggu masuk kelas, baru saya tahu apa itu Seni Bina. Seni Bina ialah bidang arkitek. Mula-mula banyak senior yang cakap bidang itu susah dan sangat-sangat sibuk. Pada awalnya memang saya tidak percaya. Selepas 1 Semester baru saya percaya sebab saya sudah rasa. Walaupun bidang arkitek sangat tough, saya tetap teruskan demi masa depan saya dan family saya. Kalau pasal minat, emm. Minat boleh dipupuk dan hujung sem 1, saya sudah mula minat dan mula pandai komen tentang bangunan.

ini bilik saya masa saya buat kerja model


Sekarang saya sudah masuk Semester 2 dan tinggal beberapa minggu lagi saya akan tamatkan Semester 2. 
Sampai sekarang saya masih teringat banyak orang yang bagitahu saya bahawa sijil Politeknik tidak laku dan macam-macam lagi. Tapi kata-kata orang itu tetap tidak berjaya patahkan hati saya untuk masuk Politeknik sebab kejayaan tidak mengira tempat. Yang penting ada kemahuan hendak berjaya dan pandai merebut peluang. Kalau masuk Universiti tetapi tiada kemahuan untuk berjaya, tetap juga tidak akan berjaya. Kejayaan tiada kaitan dengan tempat belajar. Sekian..:)




11 comments:

  1. saya bakal masuk polisas kos yang ney gak

    ReplyDelete
  2. saya bakal masuk polisas kos yang ney gak

    ReplyDelete
  3. Assignment utk kos nih susah x?

    ReplyDelete
  4. Assignment utk kos nih susah x?

    ReplyDelete
  5. selamat petang
    Saya hj Ghazali dari Twintech International University College di Damansara ingin menawarkan andadan rakan rakan yg berkaitan utk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah
    1. Senibina 2. Bulding Survaying
    di University kami.
    kemasukan pada April baagi pelajar lepasan Politeknik. Keistimewaan
    1. Pengajian Hanya 2 1/2 Tahun
    2.Ptptn Penoh
    3.AsramaPercuma sepanjang Pengajian
    sila hubungi saya di whatsapp
    0187914300 dan 0179811972 atau e mail : srilati@ymail.com
    Terima kasih

    ReplyDelete
  6. orang nk tau ape itu seni bina.. yang pegi crita kisah hidup nk masuk course seni bina tu buat ape.. hurm x pe lah trime kasih

    ReplyDelete
  7. kuatkan semangat dan yakin boleh!. 1 malaysia!

    ReplyDelete
  8. hello,tumpang tanye? kalau nak ambek kos senibina berape tahun untuk dip yang ambek kat poli sbb saye minat senibina ni sejak sekolah rendah lagi, harap balas ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm 5 semester mcm tu... Mean dlm 2 1/2 tahun

      Delete
  9. salam .akak saya dpt tawaran dlm kos seni bina ni jgk dkt politeknik ungku omar ipoh.klu x keberatan boleh x saya nk tnya soalan sikit. soalan saya,untuk peluang nk sambung degree bagi lepasan diploma senibina dri politeknik tinggi x???? ermm sekarang akak dh kerja or tgh sambung degree untuk seni bina ni? and university awam apa ehh yg amik bdk poli kos seni bina?? saya takot peluang nk sambung degree untuk bdk poli kos seni bina ni gelap jaa....

    ReplyDelete
  10. Uncle lulusan sijil politeknik Kuantan(Polisas sekarang) tahun 1980. Dgn kelulusan sijil itu uncle telah buat ketja gila yg orang lain xpernah buat - setelah ketja sebagai juruteknik JKR, Uncle terus pergi ke England untuk buat degree terus tanpa melalui diploma dulu di Malaysia....ini ketja gila yg jarang2 orang berani buat

    Tahun pertama sgt perit sbb kelulusan sijil politeknik terlalu rendah. Uncle buta kayu, xpaham apa punyg di ajar. Lagi parrah uncle adalah satu-satu pelajar Malaysia dlm kelas. Uncle belajar dari kosong semua subjek. Berkat usaha yg gigih uncle dpt ijazah BSc Honours in Civil Engineering 4 tahun kemudian...34 tahun dulu.

    ReplyDelete