2011-06-28

❤ First Couple ❤

Weston Hanley & Lo Mei Hua

 & 

          Semuanya bermula apabila saya dengan kawan-kawan mula mengatal untuk cuci mata. Saya masih di Tingkatan 3 masa itu. Pada awal tahun 2008, saya, Lady, Ana, Ivy memang gemar sangat untuk cuci mata. Antara lelaki kacak yang menjadi tumpuan kami ialah Andy, Charles, Abas, Stanley, dan banyak lagi termasuk Weston. 
Mula-mula saya hanya minat saja kat Weston. Macam saya minat dekat lelaki lain juga. Pada tahun 2008, saya ada mnyertai Perbarisan untuk Ulang Tahun Kor Kadet. Masa itu saya asyik memandang dan memuji dia kacak, tinggi dan pandai. Entah macam mana saya tiba-tiba saja berani suruh kawan saya, Darryl untuk minta nombor telefon bimbitnya. Mungkin saya teringin sangat hendak mengenalinya.
Apabila Darryl menyerahkan nombor telefon bimbitnya, saya tidak percaya. Saya ingat Darryl main-main saja. Tapi, saya tetap hantar mesej kepada nombor tersebut. Saya pun pura-puralah. Saya tanya ini Weston Hanley kah? Kemudian saya tanya lagi. Apa petua dia untuk berjaya mendapat 5A semasa PMR [Peperiksaan Menengah Rendah]. Sebenarnya, itu hanya topik untuk saya mendekati dia. Hati saya berdebar-debar menunggu balasan mesej dari dia. Akhirnya, dia balas jugak. Bertapa gembira saya masa itu. Sampaikan saya salah dengar apa yang mak saya katakan. Terlalu excited la tu.
Kemudian 'sesi perkenalan' kami berdua bermula dan kami berdua bermesej hampir sebulan lebih dan segalanya berlaku dengan lancar. Setiap kali dia balik sekolah, dia akan melalui depan rumah saya. Saya selalu mengintai dia. Saya suka sangat tengok dia.
Pada 19 Julai 2008 Hari Permuafakatan atau Hari PIBG diadakan disekolah saya. Masa itu sekolah saya ada buka banyak gerai. Pagi itu Ana beritahu saya bahawa dia ternampak Weston dating didepan kelas. Saya terkejut dan langsung tidak menyangka bahawa dia telah mempunyai teman wanita. Saya mula hilang mood  dan mendiamkan diri. Saya yang sedang menjaga gerai Kelab Pencinta Alam Sekitar terlihat Weston berpegang tangan dengan gadis itu. Bertapa hancur hati saya melihat orang yang saya mulai sayang berpegangan tangan dengan gadis lain.
Bermula dari hari itu, saya mula tidak bermesej dengan dia. Selama 4 hari saya tidak menghubungi dia. Tiba-tiba pada 25 Julai 2008, dia mesej saya. Saya terkejut dan dengan hati yang kecewa, saya beritahu dia bahawa saya tidak mahu kacau daun kerana dia telah berpunya. Masa itu masih sempat dia ceritakan tentang hasrat dia hendak ajak teman wanita dia ke Pesta Ikan Bulu pada 26 Julai 2008 di Sri Aman, Sarawak. Tidakkah dia tahu hati saya hancur lebur apabila dia berkata begitu. Tapi saya hanya mampu memendam rasa pada masa itu.
Kira-kira dalam masa sebulan lebih saya tidak berhubung dengan dia setelah 26 Julai 2008. Dalam masa itu juga saya selalu tengok teman wanita dia selalu pergi ke kelas dia. Saya tahu kerana kelas dia disebelah kelas saya sahaja. Perasaan cemburu menguasai saya. Tapi, saya tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada memendam rasa. 
Pada bulan September 2008 saya terkejut apabila dia minta share kredit dengan saya. Saya balas mesej dia dengan mengatakan 'mintalah dengan teman wanita awak'. Selepas itu, saya rasa bersalah dan terus share dia. Kemudian dia tiba-tiba tanya tentang perasaan saya. Adakah saya suka padanya? Saya berterus-terang dan menyatakan bahawa saya memang ada hati dengan dia. Masa itu saya dah tidak dapat memendam rasa. 
Selepas dia tahu tentang perasaan saya, dia mulai jiwang, manja, nakal dengan saya. Malah dia juga berjanji akan menemani saya dan akan sentiasa bermesej dengan saya. Saya berasa gembira mendengar kata-katanya walaupun saya tahu bahawa kami berdua hanya skandal. 
Seminggu selepas itu, dia tiba-tiba hantar mesej sedih. Rupa-rupanya dia sudah putus dengan teman wanitanya. Dia kata ibu teman wanita dia tidak izinkan mereka bersama kerana gadis itu hendak menduduki SPM [ Sijil Pelajaran Malaysia]. Setelah mendengar berita itu, saya rasa gembira kerana peluang untuk saya bersama dengan dia semakin cerah. 
Pada 1 Oktober 2008, jam 5 petang, dia 'melamar' saya. Sudah semestinya saya menerima 'lamaran' dia. Dan mulai saat itu, kami berdua adalah pasangan kekasih yang paling nakal dan manja.
Setelah 2 bulan menjadi pasangan, tiba-tiba bekas teman wanitanya menghubunginya. Saya mulai dikuasai rasa cemburu, syak wasangka dan marah. Saya juga mulai menjadi seorang gadis yang kuat merajuk. 
Dia tetap bersabar melayan sikap aku yang berubah serta merta. Dia tidak pernah berputus-asa untuk memujuk saya. Oleh itu, saya sangat kagum dengan nilai kesabaran dia.
Pada 14 Februari 2009, itulah kali pertama saya menyambut Hari kekasih bersama seorang insan yang bergelar lelaki dan kekasih. Kami berdua berjanji untuk berjumpa pada masa tertentu. Tetapi buat kali pertamanya dia lambat datang. Tapi saya tetap menunggu. Akhirnya dia datang juga. Rupa-rupanya dia lewat kerana membeli cincin untuk saya. Saya berasa sangat terharu masa itu dan cincin itu dapat masuk ke jari manis saya. Tidak sangka seseorang yang langsung tidak tahu saiz jari saya mampu membeli cincin yang kena dengan saiz jari saya.
Kemudian hubungan kami berjalan dengan lancar. Tetapi pertelingkahan tidak dapat dielakkan dalam sesebuah hubungan. Semenjak dia sudah membeli sebuah motosikal, kami berdua selalu date. Motosikal dia warna putih, salah satu daripada warna kegemaranku. Dia selalu bawa saya pergi ke Tebingan Sungai Batang Lupar dan ke kedai ice-cream. Kalau kami berdua pergi ke Tebingan Sungai Batang Lupar, kami akan bergurau-senda dan berbual. Dia selalu pijak kaki saya tanpa sengaja. Entah kenapa. Kalau pergi ke kedai ice-cream, mestilah makan ice-cream. Sampaikan tuan punya kedai dapat cam muka kami berdua. Selalunya, saya tidak dapat menghabiskan ice-cream tersebut. Bakinya mesti saya beri dekat dia dan dia pun makan saja. Lepas itu mesti saya kata dia buncit dan dia hanya mampu tersenyum. Saya suka tengok senyuman dia. 
Masa saya Tingkatan 4 dan dia Tingkatan 5. Dia akan selalu menunggu saya di tempat letak basikal. Dia hendak berjalan bersama saya setiap pagi. Saya pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Oleh itu, setiap kali dia lalu, mesti dia akan melambai dekat saya. Saya rasa amat disayangi. Kalau saya merajuk, dia akan pergi ke kelas saya untuk memujuk saya.
Kami berdua sama ahli Kadet Polis. Pada tahun 2009, kami berdua sekali lagi menyertai Perbarisan untuk Ulang Tahun Kor Kadet Polis. Masa itu, dia tolong kawan perempuan dia ikat rambut. Saya mula berasa cemburu. Siapa yang tidak cemburu kalau teman lelaki dia tolong perempuan lain ikat rambut. Kemudian dia pujuk saya. Saya kalau dah merajuk memang agak susah dipujuk kadang-kadang. Tetapi dia tetap bersabar dan tidak berhenti untuk memujuk. 
Pada tahun 2009, dia merupakan calon SPM. Setiap kali dia lalu depan rumah saya kerana hendak menduduki SPM, saya akan sentiasa didepan pintu untuk melambainya. Macam budak-budak je. Dia pun suka saya buat macam itu. Mungkin dia rasa lebih bersemangat. Dia juga merupakan pelatih PLKN [Program Latihan Khidmat Negara].
Pada 1 - 5 Disember, saya mengikuti Kem 1 Malaysia, saya tidak dapat bermesej dengan dia kerana kami tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa kem. Semasa saya berangkat ke Bintulu kerana tapak kem kami terletak di UPM, Bintulu, saya tidak memberitahu dia kerana saya ingatkan dia ada kertas peperiksaan. Rupa-rupanya dia tidak ada kertas peperiksaan dan dia merajuk kerana berangkat tanpa memberitahu dia. Dalam masa seminggu itu, saya sangat merindui dia kerana tidak dapat bermesej. Nasib baik ada kawan yang menghiburkan hati. 
Masuk ke tahun 2010, dia mula bekerja sementara menunggu keputusan SPM keluar. Oleh itu, kami berdua hanya bermesej waktu malam saja. Saya sanggup menunggunya sampai lewat malam. Kadang-kadang saya merajuk kerana terlalu lewat. Masa dia mula bekerja, hidup saya mulai sunyi kerana tiada lagi orang yang mesej saya lepas balik sekolah, tiada orang teman saya pergi ke kelas, tiada orang yang melambai dekat saya apabila balik sekolah. Oleh itu, saya mula selalu ikut kawan keluar ke pasar. Saya selalu pergi ke kedai tempat dia bekerja. Saya rindu dia sangat-sangat kerana semenjak dia bekerja, kami berdua jarang date. Saya juga mula buka account facebook. Kemudian saya tengok senarai kawannya. Saya ternampak nama bekas teman wanitanya semasa dia Tingkatan 2. Saya pun mulai merajuk dan bergaduh dengan dia. Dia macam biasa, selalu memujuk saya. 
Gara-gara facebook, banyak masalah yang timbul dan menyebabkan kami berdua selalu bergaduh.
Pada valentine tahun 2010, sama dengan Tahun Baru Cina. Malam itu kami berdua keluar. Dia hadiahkan saya rantai tangan yang ada Dolphin dan Sardin jenama smiling. Dia hadiahkan sardin itu kerana saya pernah katakan bahawa itu ialah makanan kegemaranku. Dia hadiahkan rantai itu kerana dia tahu saya minat Dolphin.
Pada bulan Mei, keputusan SPM keluar. Cikgu Leo beritahu saya bahawa dia dapat 5A. Mungkin cikgu Leo tahu kami berdua pasangan kekasih. Kemudian dia pun pergi ke kelas saya untuk menjenguk saya. Dia pakai baju yang saya beli untuk dia masa birthday dia pada tahun 2009. 
Lepas itu, surat PLKN datang. Dia tidak ingin pergi ke sana. Seminggu sebelum berangkat, dia asyik habiskan masa dengan saya. Pada hari terakhir itu, dia kelihatan sedih sangat. Saya pun turut sedih, tapi apa boleh buat kerana PLKN adalah wajib. 
Semasa dia berangkat, saya tidak dapat menghantarnya kerana saya sekolah. Pagi itu, saya tidak dapat tumpukan perhatian kepada pelajaran. Fikiran saya asyik melayang. Pada waktu rehat, saya menghubunginya menggunakan telefon awam di sekolah. Saya tidak mampu untuk bersuara, saya terasa sebak kerana itulah kali pertamanya dia meninggalkan saya dan tidak akan dapat menghubungi saya lagi. Pada malam itu, telefon bimbit mereka disimpan oleh pihak PLKN. Malam itu saya sunyi sangat, tugasan sekolah saya langsung tidak disentuh, saya merinduinya. Saya tidak biasa tiada dia pada waktu malam. Saya asyik memeriksa telefon bimbit saya. Kadang-kadang saya hantar mesej walaupun saya tahu bahawa mesej itu tidak akan diterima. Selama seminggu saya anggau dan asyik menangis. Mak saya perasan bahawa saya makin kurus. Saya makin kurus kerana saya tidak lalu hendak makan. Saya asyik termenung, menangis, dan hidup saya tidak terurus. Petang jumaat itu, saya menerima panggilan dari dia. Belum bercakap lagi, saya sudah pun mengalirkan air mata dan saya tidak mampu untuk bertutur. Saya rindu suaranya. Dia berusaha untuk memujuk saya agar saya berhenti menangis. Apabila telefon mereka dikutip semula, saya mula sedih kerana tidak dapat menghubunginya. Saya asyik melihat kalendar. Saya berdoa agar masa berlalu dengan cepat.
Masa Pesta Benak tahun 2010, dia bercuti beberapa hari sahaja. Kemudian dia ajak saya keluar. Saya gembira sangat kerana dapat bertemu dengannya. Penampilan dia sangat berbeza kerana dia botak. Saya rasa dia comel sangat masa itu, saya selalu main rambut dia. Malam terakhir dia bercuti, saya date dengan dia dekat taman yang hampir dgn Kompleks Sukan Sri Aman itu. 
Pagi itu dia berangkat ke Kuching. Kem dia di Kem Puncak Permai, Bau. Waktu itu hujan lebat, saya tetap berjalan kaki ke simpang jalan untuk melambainya. Tetapi tidak ku sangka bahawa lambaian itu merupakan lambaian terakhir. 
Seminggu selepas itu, dia mulai berubah. Dia tidak mesej saya dan macam sengaja membuat saya marah. Akhirnya, perkataan putus keluar dari mulut saya. Masa itu saya sebut putus agar dia pujuk saya. Tapi, dia tidak lagi memujuk. Dia benar-benar ingin putus. Saya rasa macam hendak mati je masa itu. Saya tidak mampu terima bahawa hubungan kami berdua tamat disitu. Saya pun tempah tiket untuk ke Kuching kerana hendak face to face dengan saya. Tapi Cikgu Azam tidak benarkan kerana tidak berbaloi. Mula-mula saya tidak ikut kata cikgu. Tetapi akhirnya saya batalkan niat saya. Saya hanya menunggu dia balik dari sana.
Setelah dia balik dari sana, saya mula menghubunginya, tetapi tidak dapat keran dia telah tukar nombor. Saya rasa sedih dan mahu bunuh diri. Tetapi saya masih ingat Tuhan. Kemudian saya membuat manisan untuk dia dan saya beranikan diri untuk pergi ke rumahnya dan saya sanggup berhujan untuk ke rumahnya. Dia memang sudah berubah. Dia tidak layan saya macam dulu lagi. Itu merupakan kali pertama saya ke rumahnya dah juga merupakan hari terakhir saya ke rumahnya. 

Mulai hari itu, hidup saya mulai kosong, sunyi, suram...
Sampai sekarang saya masih tidak tahu kenapa dia sanggup tinggalkan saya...
Tapi...kawan saya ada bagitahu bahawa dia pernah ada hubungan dengan perempuan Bidayuh semasa di Kem...
Adakah itu punca dia berubah??? Atau kerana saya kuat merajuk???
Saya tidak tahu...Hanya dia yang tahu jawapannya...
Sekarang dia menuntut di UiTM Kuching...Saya harap gadis yang memilikinya sekarang, menjaganya dengan baik dan jangan sesekali melepaskannya dan jangan contohi saya yang kuat merajuk...

☠ Jika Kami Berempat Bersama..Apakah Yang Terjadi??? ☠

 L.I.A.R 
L :: Lo
I :: Ivy
A :: Ana
R :: Ragnall

ø Kelas menjadi huru-hara, guru hanya mampu geleng-kepala melihat karenah kami.. >.<
ø Dosa akan bertambah kerana suka mengumpat..[kami akan cuba sedaya-upaya untuk berubah..]
ø Bunyi tawa akan memecahkan kesunyian..
ø Topik perbualan tidak akan habis..
ø Lelaki kacak akan berasa rimas kerana kami merupakan peminat fanatik.. :D

Lo Mei Hua

 
Ivy Prescilla

 
Anatasia Lee

Ragnall

✖ Aku Dimata Kawan-kawanku ✖

Aku Dimata Ivy  


Nakal..
Suka bergosip..
Lawak..
Suka Ketawa..
Kata Ana 

Nakal & Gila-gila..
Degil & Lawak..
Setiakawan..
Ego..
Kalau dah tidak suka benda itu, buat selama-lamanya dia tidak suka..
Kata Lady 

Jiwang..
Kecil..
Diam-diam tapi berisi..
Pemalu sikit..
Otak Cerdas..
Suka Ketawa..
Benci lelaki yang mempermainkan perempuan..[macam Lady juga..]
Kuat berjalan..
Gigi macam Lady punya 'style'..[Ish..Ish..Ish..]

We Are Friends Forever 

2011-06-25

♕ Kawan-kawan Ku ♕

Ivy Prescilla Ak Pillih [Ivy] 
20 Oktober 1993  
Libra 

Seorang yang cantik, seksi, agak gebu..
Seorang yang gila-gila..
Suka bergosip..
Suka cuci mata..
Suka membeli-belah dan bermekap..
Suka menonton cerita kartun..[Hagemaru, Doraemon, Shin Chan..]
Suka menonton filem korea..
Suka muzik..[Korea..]
Jarang marah..tetapi kalau dia dah marah..siaplah..
Mudah ketawa dan tidak akan berhenti ketawa..=D
Sukar untuk memaafkan seseorang yang telah melukai hatinya..
Pantang menunggu lama pasti mengamuk..
Tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang diingininya..
Firasatnya selalu tepat..
Tidak suka lari dari masalah dan akan menyelesaikannya walaupun susah..[Tabah..]
Tidak merokok dan minum alkohol..
Suka budak-budak..
Suka makan petai..
Menepati janji..
Setiap kata-kata yang diucapkan, dia maksudkan..
Percaya kepada KARMA..[Kuasa Tuhan..]
Pantang dirinya dikhianati, dia akan pastikan orang itu terseksa..
Memandang rendah kepada bekas teman lelakinya..[Vincent Lee..He the loser..]
Pernah bercinta sebanyak 9 kali..
Ego
Sekarang dia sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggang..[6 Rendah (2011) ]
Dia sedang jatuh cinta sekarang..haha..ikuti episod cinta dia ok..

Anatasia Lee Ak Suring [Ana] 
26 Julai 1993 
Leo 

Seorang yang comel..
Mempunyai 2 watak..[Baik & Jahat] 
Degil..
Bertanggungjawab..
Selalu dibuli oleh kawan baiknya..[Lo,Ivy,Ragnall]
Kakak yang baik..
Bijak..
Sentiasa jadi mangsa 'copy and paste' oleh kawannya..
Jarang merajuk..
Kalau cikgu tanya soalan, dia akan garu kepala terlebih dahulu..
Suka makan..
Suka bergosip..
Pendengar dan pemberi nasihat yang baik..
Suka tidur petang..
Tidak suka disuruh ayahnya menjaga ayam..
Selalu gagal dalam percintaan tetapi tidak pernah berputus-asa sebaliknya tabah untuk menempuhi segalanya..
Pernah bercinta sebanyak 5 kali..
Jujur..
Senang diajak berkawan..
Hati lembut dan sopan santun..
Sekarang dia sedang menuntut di matrikulasi..[2011 Labuan..]

Ragnall Ak Johnathan [Lady] 
14 Mac 1993 
Pisces 

Seksi dan cantik..
Kumang Gawai 2011 Sri Aman,Sarawak..
Nakal sehingga menjangkiti kawan-kawannya..[Peristiwa :: 2008..dia mengajak saya, Ana, Ivy showm muscle sehingga cikgu matematik menegur kami..haha..]
Supporter rakan-rakannya..
Suka membeli-belah dan bermekap..
Suka bercakap main lepas je..[No tapis-tapis..]
Bercinta selama 10 kali..
Sekarang dia bercinta dengan Ho Sin Fuk..[Saya doakan mereka bersama selamanya..]
Suka bergambar kerana dia seorang yang fotogenik..
Sekarang dia sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman..[2011..6 Rendah..]

☌ My friends are my supporters 
 ಥ_ಥ 

ღ Keluargaku ღ

Papa 

Nama   Lo Joon Sze
Tarikh Lahir   18 Julai 1963
Zodiak  ☛ Cancer
Dia sangat sayang dekat kereta dia..tidak boleh calar sikit pun.. Haha..
Suka makan ikan masin dengan cili..
Suka sangat beli nombor loteri.. [w/p tidak kena =P ]
Suka menonton filem kungfu..
Tidak suka makan petai..
Tidak suka menunggu..
Tidak suka anak-anaknya balik lewat.. [mesti dia call kalau saya belum balik..hehe..=)]
Kalau kami nak pergi sekolah.. Ayah saya mesti berpesan macam ni --> "Di sekolah jangan bergaduh dengan orang lain"..
Mama 

Nama   Mariba Ak Lira
Tarikh Lahir  ☛ 9 April 1964
Zodiak   Aries
Seorang yang tegas.. [semua ahli keluarga saya takut kalau dia marah..tapi saya faham kenapa dia marah kami..kerana dia tak nak kami jadi sampah masyarakat..]
Seorang yang rajin.. [dia bersawah..menoreh getah..berkebun lada..tanam sayur..check homework kami juga..haha..]
Mak saya minat filem Korea, Thailand, Phillipines, Cina..
Mak saya tidak suka tengok kami malas-malas..
Mak saya pesan.."Jadi Orang Yang Berjaya Dalam Hidup Agar Tidak Dipandang Rendah Oleh Orang Lain"..
Kakak 

Nama   Lo Mei Lieng
Tarikh Lahir   22 September 1988
Zodiak   Virgo
Suka bercakap.. [kalau bercakap..tidak pandai berhenti..]
Tidak suka dengar fakta bodoh yang dibuat oleh Lo Mei Hua iaitu saya sendiri..[Hahax..]
Suka tidur petang..
Dia minat Kim Hyung Joong..[SS501]
Suka membeli-belah..
Tidak suka orang kacau dia yang sedang tidur..~,~ 
Adik Perempuan 

Nama  ☛ Lo Mei Chieng
Tarikh Lahir  ☛ 10 Mei 1996
Zodiak  ☛ Taurus
Juga suka tidur petang..
Jangan ganggu dia yang sedang tidur kalau tidak mahu mata awak lebam..[Hahax..]
Minat Lee Hong Ki..[ FT Island..]
Suka bergaduh dengan Ien Ien..[Adik Lelaki..]
Tempat ku bercerita tentang peristiwa lucu..
Adik Lelaki 

Nama  Lo Kim Hin
Tarikh Lahir  14 Februari 2003
Zodiak  Aquarius
Anak bongsu yang nakal..
Suka menghenyak saya yang sedang tidur..[mentang2 saya kecik..=P ]
Suka kacau saya kalau di pasar..
Suka bermain dan membuat rumah menjadi tunggang-langgang..
Suka makan dan jumlah wang saku yang dibawa ke sekolah ialah RM2.50 sehari..
Tidak suka tidur dalam keadaan yang panas..
Kalau dia tidur..dia akan berputar 360 darjah..
Tidak pernah jemu menonton filem yang sama..